Thursday, 19 July 2012

CERPEN : Untuk Dia - part 1

pOstEd bY::: cik umai º♥


     Sudah hampir 4jam aku hanya memandang screen laptopku. KOSONG! itu sahaja yang ada didalam kepalaku dan screen laptop. Fikiranku bercelaru memikirkan apa yang perlu dikarang untuk cerpen yang bakal dihantar kepada seorang rakan baikku untuk satu pertandingan.

     Nama penuhku adalah Engku Amirah Humairah binti Hj Ku Amir Ashyraf. Umurku 25tahun. Aku hanya bekerja dengan bapaku. Membantu beliau sebagai seorang perancang perkahwinan atau nama popularnya Wedding Planner. Kebiasaanya, apabila tiada pelanggan untuk berjumpa, aku banyak menghabiskan masaku dengan 'blogwalking' dan berkarya.

     "Haih.. Mana la pergi semua idea aku tadi? Kejap nye la hai ley hilang" omelku. Aku memandang telefon bimbit baruku; Samsung Galaxy S Advance. Dengan pantas membuka aplikasi permainan yang baru dimuatturun; SMURF'S VILLAGE! Setelah leka sebentar, hatiku mula tidak tenang semula.Ya! Aku sibuk memikirkan tentang beliau. Siapakah beliau? Cukup lah sekadar aku memperkenalkan beliau sebagai, Encik Jepun.

Apa? Encik Jepun?

     Ya! Encik Jepun. Seorang usahawan muda yang sangat mentah tapi luar biasa. Yang baru giat dalam bidang perniagaan hanya untuk 4tahun. Tetapi kejayaan beliau sangat memberaangsangkan. Dalam usia semuda 28 tahun, beliau sudah memiliki sebuah rumah di ibu negara Malaysia dan juga sebuah kereta idaman ku iaitu Audi TT.

    Perkenalan ku secara tidak langsung dengan beliau benar benar menarik perhatianku. Beliau seorang yang sangat merendah diri dan 'low profile'. Kali pertama berjumpa, beliau hanya memakai jersey, track buttom dan selipar sahaja. Tidak terlintas di kepalaku bahawa beliau seorang usahawan. Beliau bersama rakan baikku, Kamal yang memerlukan khidmatku untuk menolong beliau dalam majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi datang ke butikku.

     Sepanjang perbualan aku bersama Kamal, mataku kadang-kadang melirik ke Encik Jepun. "Alahai... cantiknya mata mamat nih.. Cair! Cair!". Manakala Encik Jepun banyak mendiamkan diri dan sibuk dengan Blackberry Torch beliau. Kalau diturutkan muka tidak maluku, hendak sahaja aku minta 'bbpin' beliau. "Xpa myra. Cool Cool..."bisik hatiku. Selesai sahaja perbincangan, aku mengajak mereka untuk 'dinner' bersama. Malangnya, Kamal mahu ke rumah bakal mertuanya.Lalu aku mengiring mereka ke kereta. Aku hanya mampu memandang ke arah Encik Jepun dengan senyuman yang tawar. Hampanya hati. Encik Jepun membalas senyuman ku dengan mengucap salam.Aku menyambutnya.

     Apabila kereta Kamal hilang dari pandangan, aku masuk semula ke dalam butik. Tiba-tiba 'blackberry' ku berbunyi. 1 pesanan ringkas diterima dari Kamal.

"Amboi mata kau. Tenung kawan aku macam nak makan. Berkenan ke sayang oi?"

   Aku ketawa. Lalu membalas mesej beliau.

"Mana ada.Berkenan tang mata ja. Lawa la mata dia. Suka pulak aku tengok. Hahahaha. Drive baik-baik.Bye salam."

Tiba - tiba...

     Aku tersentak dari lamunan apabila ibu menelefonku untuk mengingatkan bahawa pulang awal kerana mahu ke masjid menunaikan tarawikh bersama. "Alamak.. Dah pukul 6ptg." Lalu aku mematikan laptopku yang masih lagi kosong tanpa sepatah perkataan, dan berkemas untuk pulang sambil kepalaku ligat memikirkan Encik Jepun. Oh Encik Jepun....

nota kaki kiri : 
maaf la tatabahasa aku  kelaut. Memang
aku failed  bab berkarya nih. Hahahaha
Buat semua nih pon pasal  kawan ajak!
Follow her blog: Tekan Sini La YEr?~

1 comment:

  1. ade part 2 kan ??

    aku tgu...

    ngehngeh ngeh....

    blog ptt pegi,
    http://reenapple.blogspot.com/

    ReplyDelete

Dah baco dah kan den nyo post?
Apo tunggu laie?
Komen la.. Alaaaa SATU yooo...
Hahahahaa Tenkiuk!! MMuahhh!!